Selamat Datang Kampung Budaya Sarawak

Selamat Datang Kampung Budaya Sarawak
TRAVEL FIFADAT1 COMPANY

Keindahan Kampung Budaya Sarawak

"WELCOME TO SARAWAK CULTURAL VILLAGE"
Kampung Budaya Sarawak terletak di kaki Gunung Santubong.Bagi pengunjung yang ingin melawati Kampung Budaya Sarawak,para pelancong boleh datang ke Santubong yang berdekatan dengan Damai Beach Resort.

Terletak di kaki Gunung Santubong yang kaya dengan mitos, muzium hidup yang memenangi anugerah ini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Ia memaparkan pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini, dengan persembahan kebudayaan dua kali sehari. Antara kraftangan yang unik yang boleh didapati di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbu (tekstil tradisional masyarakat Iban). Kampung budaya ini juga menjadi tempat menarik untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia dan Pesta Menuai Dunia.
Pintu masuk Kampung Budaya Sarawak.
Dikampung budaya terdapat pelbagai rumah tradisional seperti:


  • Rumah iban
  • Rumah Melanau
  • Rumah Cina
  • Rumah Melayu
  • Rumah Penan
  • Rumah Orang Ulu
Waktu Buka Kampung Budaya Sarawak
Setiap Hari 9.00 am-9.00 pm
Persembahan diadakan pada 12.30 dan 4.30

Bayaran Masuk
Dewasa: RM60 Seorang
Kanak-kanak(7 tahun-12 tahun):Rm30
Bawah 6 tahun:Percuma

Bagi pelancong yang luar sarawak seperti semanjung,sabah dan luar negara akan diberi buku passport kampung budaya bagi mengambil cop setiap rumah dikampung budaya.
Buku passport Kampung Budaya Sarawak.

Kaum Melayu



Sewaktu melawat Kampung Budaya para pelancong dapat mengetahui tradisi-tradisi kaum Melayu seperti adat resam kaum Melayu ,makanan tradisional, pakaian tradisi kaum Melayu serta dapat menemu bual orang Melayu Sarawak di Rumah Melayu Kampung Budaya.
Rumah melayu yang terdapat di Kampung Budaya

Selain itu,dirumah melayu juga menjalankan aktiviti seperti memasak makanan tradisional secara langsung,para pelancong boleh turut merasai kenikmatan makanan tradisi melayu seperti kuih jala,kuih sepit dan kuih bahulu.Peralatan yang digunakan merupakan kraf tangan yang dihasilkan sendiri oleh mereka,Tambahan juga,para pelancong boleh membeli hasil kraf tangan serta makanan tradisi yang terdapat dirumah melayu.

aktiviti yang dijalankan di dalam rumah kaum melayu.

Kaum Penan dan Kaum Orang Ulu

Di Kampung Budaya juga kita dapat melihat budaya Kaum Penan.Budaya mereka berlainan dengan kaum yang lain.Dari segi bentuk rumah mereka juga berlainan.



Rumah mereka mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau papan.Rumah mereka hanya berlantaikan kayu bulat , buluh , malah tanah sahaja.Di Rumah Penan yang ada di Kampung Budaya ini kita di benarkan untuk menyumpit.Bayaran hanya RM1.00 untuk tiga sumpitan.

Selain daripada itu , pakaian suku kaum Penan juga berlainan daripada kaum-kaum yang lain.

cara pemakaian orang penan 


Kaum Orang Ulu

rumah kaum orang ulu

Orang Ulu juga tinggal di rumah panjang.Kaum ini biasanya membina rumah panjang yang bertahan lama untuk beberapa generasi seterusnya.Tiang rumah Orang Ulu dibina menggunakkan kayu yang diukir dan diwarnakan terlebih dahulu.Tiang yang dibina menggunakkan kayu belian boleh bertahan selama beratus tahun dan tidak dimakan oleh anai-anai.Atap bumbung dibina daripada kulit kayu belian.Rumah Orang Ulu dibina diatas tiang kaki berukuran kira-kira 30 kaki tinggi.Ia dibina bagi menggelakkan serangan binatang buas dan juga dari serangan musuh.

tarian Orang Ulu
Tarian suku kaum Orang Ulu ini akan dipersembahkan ketika kita memasuki ke rumah panjang Orang Ulu di Kampung Budaya ini.

Kaum Melanau dan Kaum Cina

Selain rumah melayu,terdapat juga kaum melanau dan cina di Kampung Budaya Sarawak.Para pelancong dapat melawat dan mengetahui adat-adat resam kaum-kaum tersebut.Sebagai contoh kaum melanau mempunyai tiang rumah yang sangat tinggi.Kebanyakan para pelancong berasa gerun apabila menaiki rumah tersebut.Rumah tinggi Melanau dibina 40 kaki dari tanah.Tujuannya adalah untuk melindungi diri daripada serangan musuh/lanun dan juga banjir.Ketinggiannya membolehkan ia tidak dapat dijolok dengan tombak dari permukaan tanah.Tiangnya adalah diperbuat daripada batang kayu balak belian yang mampu bertahan selama 100 thun atau lebih.
                                

rumah melanau.



Selain daripada kaum Iban , kaum Melanau juga menggemari ulat mulong.Ulat mulong dalam bahasa Melanau ialah 'SIET'.




Rmah Cina

rumah cina

perhiasan yang adadi rumah cina

Rumah cina terkenal dengan daya tarikan 'air teh cina',para pelancong akan disajikan dengan air teh cina yang boleh didapati di Perkampungan Budaya.Makanan tradisional kaum cina ialah char kuey tiaw , dim sum , nasi pulut cina dan pelbagai lagi.

nasi pulut cina

char kuey tiaw

dim sum


suasana di Rumah cina.

untuk menikmati lebih keseronakan kaum cina dan melanau,jangan lupa untuk berkunjung rumah melanau dan rumah cina diperkampungan budaya.



Kaum Iban

rumah panjang
lantai rumah panjang iban

tangga rumah panjang iban


Salah satu kaum yang dapat kita lihat di Kampung Budaya Sarawak ialah kaum Iban.Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut.Kaum Iban merupakan kaum yang terbesar di Sarawak.Kebanyakan kaum Iban tinggal di rumah panjang yang kebiasaannya terletak di tebingan sungai dan berhampiran dengan jalan raya. Ini memudahkan mereka melakukan aktiviti kerja,berkomunikasi,berhubung dengan antara satu sama lain.Kebanyakan kaum Iban beragama Kristian tetapi dalam masa yang sama mereka masih lagi mengekalkan nilai adat resam dan adat-istiadat mereka.Rumah panjang suku kaum iban menggunakkan tiang sejenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian.Bumbung rumah panjang diperbuat daripada daun rumbia atau daun sagu.Lantai pula dibina menggunakkan buluh , papan atau kulit kayu.Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik menggunakkan beliong dan dipanggil tangga takik.


TRADISI
-Di kampung budaya ini kita dapat melihat pelbagai barang tradisi kaum Iban adalah menyimpan pasu,gong dan temapayan  yang dipanggil tajau.Ia diwarisi secara turun-temurun.Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.Kebanyakan kaum Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.Gong ini digunakan ketika kaum iban menyambut Hari Gawai.Ianya akan dipalu sebanyak tujuh kali pada kebiasaannya.
Gong


Tempayan atau Tajau

PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM IBAN
-Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai), Gawai Burung (untuk membaiki petanda yang tidak baik), Gawai Kenyalang (untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya), Gawai Umai (seperti Gawai Panggul semasa mencari tapak umai, Gawai Batu semasa menebang, Gawai Bersimpan selepas menuai), Gawai Pangkong Tiang, Gawai Tuah (untuk mencari nasib baik), Gawai Lelabi (Melah Pinang / Maljis Nikah), Gawai Sakit dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama mulanya pada 1 May dan hari kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting. Biasanya, [Tarian Ngajat]] ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.

Gawai Antu

Gawai Dayak












Tarian Kaum Iban

Tarian Ngajat
Ketika melawat ke Kampung Budaya , kebiasaannnya pada pukul 11.30 pagi dan 4.00 petang ada persembahan di Panggung Budaya.Mereka mempersembahkan pelbagai tarian dari pelbagai kaum.Salah satu tarian yang di persembahkan ialah Tarian Ngajat.Tarian Ngajat adalah merupakan identiti utama kaum iban yang menjadi kebanggaan kebudayaan di Sarawak.Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri.Kebiasaannya,tarian ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun.Perayaan Gawai (Pesta Menuai) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban.Perayaan ini disambut pada awal bulan Jun.Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan selepas musim menuai.Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian pahlawan tradisional kaum Iban di Sarawak.




Selain daripada tarian, kaum iban juga mempunyai makanan tradisional yang tersendiri.Banyak makanan tradisional yang ada.Antara makanan yang ada ialah pekasam,penganan,umai,midin belacan,ayam pansuh,salai ikan,ulat mulong dan macam-macam lagi.

ulat mulong

kaedah membuat kuih jala

kuih jala

ayam pansuh

ayam pansuh
pekasam ikan


Panggung Budaya ketika di Kampung Budaya Sarawak

Aktiviti yang dijalankan di Panggung Kampung Budaya.
Persembahan ini berlangsung pada pukul 12.30 tengahari dan 3.30 petang.


Pameran yang berada dipintu masuk Panggung Budaya.

Di Panggung Budaya akan berlangsungnya aktiviti tarian seperti tarian kaum Melanau.kaum melayu,kaum iban dan lain-lain.Para pelancong juga dapat menari  serta menyumpit bersama-sama dengan penari kampung budaya diatas pentas diakhir persembahan.









aktiviti aktiviti yang berlangsung sewaktu persembahan .


Untuk maklumat lanjut mengenai Kampung Budaya Sarawak,para pelancong boleh melawati laman web Kampung Budaya Sarawak
http://www.scv.com.my/.
bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Panduan perjalanan melalui laluan darat
Tiada pengangkutan awam untuk ke Perkampungan Budaya,tetapi ada sebuah bas ulang alik yang bertolak dari Holiday inn Kuching pada pukul 9 Pagi dan 12.30 tengahari dan kembali semula pada pukul 1.45 petang dan 5.30 petang.Atau,anda boleh menyewa teksi untuk hari itu atau kereta sewa.Perhubungan jalan raya disana sangat bagus dan dengan arah yang mudah diikuti.

Sila hubungi:
Telefon : +6082-846 411 

Faks : +6082-846 9886 

Alamat Kampung Budaya. :
Pantai Damai, Santubong, P.O.Box 2632, 93752 Kuching, Sarawak, Malaysia