Selamat Datang Kampung Budaya Sarawak

Selamat Datang Kampung Budaya Sarawak
TRAVEL FIFADAT1 COMPANY

Kaum Penan dan Kaum Orang Ulu

Di Kampung Budaya juga kita dapat melihat budaya Kaum Penan.Budaya mereka berlainan dengan kaum yang lain.Dari segi bentuk rumah mereka juga berlainan.



Rumah mereka mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau papan.Rumah mereka hanya berlantaikan kayu bulat , buluh , malah tanah sahaja.Di Rumah Penan yang ada di Kampung Budaya ini kita di benarkan untuk menyumpit.Bayaran hanya RM1.00 untuk tiga sumpitan.

Selain daripada itu , pakaian suku kaum Penan juga berlainan daripada kaum-kaum yang lain.

cara pemakaian orang penan 


Kaum Orang Ulu

rumah kaum orang ulu

Orang Ulu juga tinggal di rumah panjang.Kaum ini biasanya membina rumah panjang yang bertahan lama untuk beberapa generasi seterusnya.Tiang rumah Orang Ulu dibina menggunakkan kayu yang diukir dan diwarnakan terlebih dahulu.Tiang yang dibina menggunakkan kayu belian boleh bertahan selama beratus tahun dan tidak dimakan oleh anai-anai.Atap bumbung dibina daripada kulit kayu belian.Rumah Orang Ulu dibina diatas tiang kaki berukuran kira-kira 30 kaki tinggi.Ia dibina bagi menggelakkan serangan binatang buas dan juga dari serangan musuh.

tarian Orang Ulu
Tarian suku kaum Orang Ulu ini akan dipersembahkan ketika kita memasuki ke rumah panjang Orang Ulu di Kampung Budaya ini.

2 ulasan: