Selamat Datang Kampung Budaya Sarawak

Selamat Datang Kampung Budaya Sarawak
TRAVEL FIFADAT1 COMPANY

Kaum Iban

rumah panjang
lantai rumah panjang iban

tangga rumah panjang iban


Salah satu kaum yang dapat kita lihat di Kampung Budaya Sarawak ialah kaum Iban.Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut.Kaum Iban merupakan kaum yang terbesar di Sarawak.Kebanyakan kaum Iban tinggal di rumah panjang yang kebiasaannya terletak di tebingan sungai dan berhampiran dengan jalan raya. Ini memudahkan mereka melakukan aktiviti kerja,berkomunikasi,berhubung dengan antara satu sama lain.Kebanyakan kaum Iban beragama Kristian tetapi dalam masa yang sama mereka masih lagi mengekalkan nilai adat resam dan adat-istiadat mereka.Rumah panjang suku kaum iban menggunakkan tiang sejenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian.Bumbung rumah panjang diperbuat daripada daun rumbia atau daun sagu.Lantai pula dibina menggunakkan buluh , papan atau kulit kayu.Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik menggunakkan beliong dan dipanggil tangga takik.


TRADISI
-Di kampung budaya ini kita dapat melihat pelbagai barang tradisi kaum Iban adalah menyimpan pasu,gong dan temapayan  yang dipanggil tajau.Ia diwarisi secara turun-temurun.Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.Kebanyakan kaum Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.Gong ini digunakan ketika kaum iban menyambut Hari Gawai.Ianya akan dipalu sebanyak tujuh kali pada kebiasaannya.
Gong


Tempayan atau Tajau

PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM IBAN
-Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai), Gawai Burung (untuk membaiki petanda yang tidak baik), Gawai Kenyalang (untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya), Gawai Umai (seperti Gawai Panggul semasa mencari tapak umai, Gawai Batu semasa menebang, Gawai Bersimpan selepas menuai), Gawai Pangkong Tiang, Gawai Tuah (untuk mencari nasib baik), Gawai Lelabi (Melah Pinang / Maljis Nikah), Gawai Sakit dan Gawai Antu. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama mulanya pada 1 May dan hari kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting. Biasanya, [Tarian Ngajat]] ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.

Gawai Antu

Gawai Dayak












Tiada ulasan:

Catat Ulasan