Selamat Datang Kampung Budaya Sarawak

Selamat Datang Kampung Budaya Sarawak
TRAVEL FIFADAT1 COMPANY

Tarian Kaum Iban

Tarian Ngajat
Ketika melawat ke Kampung Budaya , kebiasaannnya pada pukul 11.30 pagi dan 4.00 petang ada persembahan di Panggung Budaya.Mereka mempersembahkan pelbagai tarian dari pelbagai kaum.Salah satu tarian yang di persembahkan ialah Tarian Ngajat.Tarian Ngajat adalah merupakan identiti utama kaum iban yang menjadi kebanggaan kebudayaan di Sarawak.Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri.Kebiasaannya,tarian ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai padi sepanjang tahun.Perayaan Gawai (Pesta Menuai) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban.Perayaan ini disambut pada awal bulan Jun.Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan selepas musim menuai.Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian pahlawan tradisional kaum Iban di Sarawak.




Selain daripada tarian, kaum iban juga mempunyai makanan tradisional yang tersendiri.Banyak makanan tradisional yang ada.Antara makanan yang ada ialah pekasam,penganan,umai,midin belacan,ayam pansuh,salai ikan,ulat mulong dan macam-macam lagi.

ulat mulong

kaedah membuat kuih jala

kuih jala

ayam pansuh

ayam pansuh
pekasam ikan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan